Kerap ‘Shopping Online’, Rupanya Suami Curang Guna Aplikasi Carousell – “Mereka Rajin Curhat Masalah Rumahtangga..”

Kehidupan

Kerap ‘Shopping Online’, Rupanya Suami Curang Guna Aplikasi Carousell – “Mereka Rajin Curhat Masalah Rumahtangga..”

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar kisah curang yang dilakukan oleh suami atau isteri melalui platform media sosial, sama ada Instagram, Facebook atau X.

Curang guna aplikasi Carousell

Bagaimanapun, melalui satu kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di Threads, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai susulan dia berkongsikan kisah curang yang dilakukan oleh suami melalui aplikasi ‘online shopping’, Carousell.

Advertisement

suami curang guna carousell

Difahamkan, kedua-dua individu tersebut merupakan suami dan isteri orang, yang bekerja di dalam satu pejabat yang sama sebelum berputiknya cinta, lalu berbalas mesej melalui aplikasi Carousell.

Suami berpura-pura beli barang

Si isteri sebelum ini sedar suaminya sering membuka Carousell, namun tidak mensyaki apa-apa kerana lelaki terbabit akan berpura-pura membeli barang.

Satu hari, hal yang disorokkan oleh suami selama ini akhirnya kantoi juga selepas si isteri terpandang telefon suami di awal pagi dan menyedari perkara itu, lelaki berkenaan ‘berlari’ ke dapur, lalu mengugut mahu membunuh diri tetapi wanita itu sama sekali tidak goyah.

suami curang guna carousell

Selepas isteri mengugut mahu melaporkan kecurangan yang dilakukan oleh suami bersama rakan pejabatnya di pihak atasan, lelaki itu akur mempertemukan isteri dengan skandalnya.

suami curang guna carousell

Sering curhat masalah rumah tangga punca curang

Rupanya detik-detik perselingkuhan berlaku apabila ‘penyondol’ itu sering berceritakan masalah rumah tangga kepada suaminya.

suami curang guna carousell

Ini adalah pertama kali dia curang sebab dia ada issue dengan husband dia. Seperti biasa, wanita itu bagi alasan yang dia tiada niat & tidak sayang pun pada si suami. Sanggup wanita itu jumpa si isteri sebab tak nak suami dia tahu dan hilang pekerjaan.

Kini, biarpun sudah mengenali suami selama 10 tahun, tetapi disebabkan kejadian ini, si isteri sudah tidak lagi mempercayainya.

abang ipar kantoi dating dengan awek muda
2 days ago

Niat Mahu Bawa Anak Buah Bersiar-Siar, Terkejut Nampak Abang Ipar Tengah ‘Dating’ Dengan Skandal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...