Hanya kerana sering berkongsi pengalaman menjadi ibu dan perihal anak, personaliti TV Uyaina Arshad menjadi mangsa kecaman warga maya yang tidak senang duduk melihat kebahagiaan pelakon itu.
Ditemui Utusan Online, Uyaina berkata dia tidak kisah tentang mulut orang kerana apa yang penting anak sulungnya itu sihat walafiat.
Katanya lagi, dia hanya melihat dari sudut positif kerana ramai kaum wanita turut tampil berkongsi pengalaman masing-masing mereka setelah bergelar ibu.
Saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu. Tak perlu ambil tahu pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya.
Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tak kisah.
Sekadar info, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada Disember 2021 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Urhan.
BACA: “Perangai Cantik Sangat..” – Norjuma Dirakam Rempuh Kereta Orang, Buang Pisau Dan Sampah Atas Jalan?