“Kerap Sangat Dah Nampak..” – Netizen Bengang Kumpulan ‘Cyclist’ Angkut Basikal Masuk MRT, Duduk Di Koc Wanita

Kehidupan

“Kerap Sangat Dah Nampak..” – Netizen Bengang Kumpulan ‘Cyclist’ Angkut Basikal Masuk MRT, Duduk Di Koc Wanita

Baru-baru ini tular di laman X apabila seorang individu memuat naik sebuah hantaran yang menunjukkan sekumpulan lelaki membawa masuk basikal mereka ke dalam gerabak MRT dan menyusahkan penumpang lain untuk bergerak dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

Duduk koc wanita

Bukan itu sahaja, yang lebih menaikkan kemarahan netizen ketika mereka tanpa berasa segan duduk di koc wanita yang sudah tentu dikhaskan bagi para wanita yang menaiki pengangkutan awam tersebut.

Advertisement

Pasal lelaki duduk kat coach perempuan ni kerap sangat dah nampak nnati bila perempuan tak duduk kat section woman korang mengamuk pulak tapi tu lah

Bawa basikal dalam MRT

Disebabkan hantaran tersebut, muncul sebuah perdebatan di antara warganet. Segelintir mempercayai hal tersebut tidak dibenarkan dan menyukarkan penumpang yang lain dan ada juga yang berpendapat hal tersebut perkara biasa. Jadi, apakah boleh membawa basikal ke dalam MRT?

Jawapannya boleh, namun, ada syaratnya perlu dipatuhi. Antaranya adalah hari-hari yang dibenarkan untuk membawa basikal tak berlipat. Hal tersebut bagi mengurangkan kesesakkan di dalam MRT.

Oleh itu, tindakan mereka membawa masuk basikal itu tidak melanggar undang-undang namun kesalahan mereka adalah pada menyalahgunaan koc wanita yang hanya diperuntukkan bagi wanita sahaja.

Ben Amir
1 year ago

"Betul Ke Ada Orang B*doh Macam Ni?" - Ben Amir Selar Kenyataan Individu Tak Setuju Adakan Koc Wanita Di MRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...