Seperti seakan menjadi kebiasaan si suami suka sangat menyakat si isteri dengan jadikan topik “cari perempuan lain” sebagai bahan gurauan.
Samaada sedar atau tidak bahawa gurauan seperti itu boleh mengguris hati isteri dan buatkan dirinya terasa. Mungkin dari mata kasar dilihat isteri nampak tenang, namum jauh disudut hatinya boleh menangis.
Namun diakui juga bukan semua lelaki berbuat demikian, ketahuilah pengorbanan isteri anda di rumah, ketahuilah apa kekurangan kita bila merungut isteri main tidak cantik, kenapa? mengapa? adakah salah isteri semata-mata atau salah kita juga yang tidak membantu isteri langsung dalam menguruskan rumah tangga.
Seorang pendakwah terkenal telah mengupas isu ini..
Tadi saya jalan dekat jalan saya jumpa seorang akak lintas jalan besar bawa 6 orang anak kecil-kecil. Dalam hati ke mana mereka ni. Saya nampak mereka seberang jalan besar untuk ke klinik. Ada anak tak pakai selipar dan nampak sangat selekeh. Ya Allah bahayanya. Sebak fikir ada orang yang hidup mereka dalam kesusahan begitu. Ya Allah selamatkanlah dan mudahkan rezeki buat akak tu dan anak-anaknya.
Terus teringat masalah dalam inbox saya yang begitu banyak. Ketika isteri sedang dukung anak dengan kedua tangan dengan linangan air mata dan peluh. Bengkak, terseliuh. Luka berdarah dalam mengurus anak-anak. Isteri sedang usung perut sana sini. Separuh mati nak bersalin. Suami mengkhianati kepercayaan dan kebaikan isteri.
Suami di luar sibuk memenuhkan nafsu yang tak pernah puas. Lepas tu salahkan isteri tak masak. Tak kemas rumah. Tak cantik…tak layan mereka.
Lagi sedih bila orang lelaki cerita pasal wanita sana cantik. Wanita sini cantik depan isteri. Lebih malang tengok sukan wanita tidak berpakaian sempurna. Acara renang. Mana sifat malu. Sedangkan malu itulah ialah cabang dari iman. Lebih malang ada yang mengadu suami menonton video yang memalukan untuk keseronokan sedangkan ada isteri yang halal dan sempurna.
Saja-saja hari-hari menyakat isteri kata nak perempuan sana. Perempuan sini. Puji wanita lain selain isteri berlebihan. Hari-hari gurauan yang memedihkan hati isteri. Mereka juga manusia yang hati mereka perlu dijaga. Seperti hati kita yang perlu dijaga. Like gambar wanita sexy yang bukan saudara kita. Group whatsapp gambar wanita cantik dengan caption yang tak baik.
Sekiranya isteri kita boleh berusaha separuh mati bahkan mati berkali-kali demi kesetiaan cinta buat suami dan kerana Allah. Takkan kita tak boleh berusaha menjaga hati mereka dan berjanji pimpin tangan mereka sehingga melangkah masuk syurga
Kredit : Ustaz Ebit Lew