“Kerap Muncul Di Kaca TV Tak Semestinya Banyak Tawaran” – Ayu Damit Akui Masih Laku Dalam Pasaran

Hiburan

“Kerap Muncul Di Kaca TV Tak Semestinya Banyak Tawaran” – Ayu Damit Akui Masih Laku Dalam Pasaran

Mesipun namanya agak suram dalam industri muzik tanah air kini, namun penyanyi Ayu Damit tetap bersyukur kerana masih menerima tawaran nyanyian biarpun jarang muncul di kaca televisyen.

ayu damit masih terima tawaran nyanyian

Advertisement

Mengakui kini tampil tanpa sebarang produk baharu, Ayu mendedahkan rezekinya menerima undangan nyanyian masih tidak putus.

“Satu hakikat dan kenyataan yang saya hadapi. Ketika awal pembabitan dalam bidang hiburan, saya sering muncul di kaca televisyen tetapi tawaran di luar tidak banyak pun.”

Katanya Ayu, kerap mucul di kaca televisyen tidak semestinya penyanyi terbabit menerima banyak tawaran atau undangan nyanyian di luar.

ayu damit masih terima tawaran nyanyian

“Alhamdulillah, biarpun kini jarang muncul di program televisyen, saya masih menerima tawaran biarpun tidak banyak. Ia sentiasa ada dan tidak putus.”

Menurut Ayu, dirinya bagai tidak diam mencari peluang lain dengan menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

ayu damit masih terima tawaran nyanyian

“Saya tak segan untuk keluar dan meraih peluang sebagai penyanyi. Jika ada sebarang acara yang mahukan saya, tentunya saya tampil melakukan persembahan dan menghiburkan orang ramai.”

Untuk rekod, Ayu mula menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua. Lebih menarik, Ayu yang merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Hasil kejayaannya, Ayu membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...