Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial teguran terbuka seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Malaysia terhadap pendakwah selebriti yang dikenali ramai.
Kata pensyarah tersebut, orang ramai perlu berhati-hati dengan dakwah yang diberikan oleh ustaz selebriti itu kerana didakwa menyebarkan cerita serta hadith palsu.
Pensyarah yang dikenali sebagai Abu Hafiz itu berkata sebelum ini ustaz selebriti berkenaan sudah pun ditegur tetapi tetap tidak berubah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pihak berwajib untuk menyekat ustaz selebriti itu dari memberi sebarang dakwah ataupun ceramah kepada orang ramai.
Bahkan, ramai yang risau jika dibiarkan tanpa mengambil sebarang tindakan, ia akan merosakkan akidah serta pemikiran umat Islam yang mengikutinya.