Kerap Makan Nuget & Sosej Sejak Bayi, Murid Darjah 2 Tiba-Tiba Buta – “Tak Dapat Dipulihkan..”

Kehidupan

Kerap Makan Nuget & Sosej Sejak Bayi, Murid Darjah 2 Tiba-Tiba Buta – “Tak Dapat Dipulihkan..”

Baru-baru ini, satu perkongsiaan seorang pakar perubatan, Dr Erna Nadia di laman Facebook mengenai kisah murid darjah dua tiba-tiba buta telah menarik perhatian ramai.

Murid darjah 2 buta tiba-tiba?

Melalui kisah yang dikongsikan, seorang murid darjah dua secara tiba-tiba mengadu matanya tidak dapat melihat apa-apa sewaktu berada di dalam kelas.

Advertisement

facebook murid darjah 2 buta

Murid tersebut telah membuat ujian diagnosis secara menyeluruh dan disahkan buta, di mana dia tidak akan dapat pulih selamanya.

Selalu makan nuget, sosej, cookies

Selepas mengetahui punca perkara itu berlaku, rupanya kanak-kanak itu kekurangan vitamin A yang menyebabkan dia hilang penglihatan seumur hidup.

murid darjah 2 buta

Bila dietitian siasat, anak ini cuma makan processed foods sahaja iaitu : nuggets, sausage dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua.

Tidak dapat dinafikan, menghentikan pemakanan tidak sihat buat anak-anak bukanlah satu hal yang mudah tetapi doktor tersebut menasihati golongan ibu bapa untuk sedaya upaya berusaha memberi nutrisi secukupnya buat anak-anak bermula dengan makanan yang seimbang.

1 month ago

Remaja Sekolah Di Johor Ini Raih Pujian Netizen, Dapat Skor 100 Markah Kertas Sejarah 2 - “Syukur Masih Ada Pelajar Yang Pandai Di Malaysia”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...