Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerap Kongsi Gambar Berhijab Di IG, Nur Fazura Kini Dah Berhijrah?

Nur Fazura

Penampilan pelako jelita, Nur Fazura yang kerap memuat naik foto memaparkan dirinya berhijab ternyata telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Antara persoalan yang timbul adalah adakah isteri kepada Fattah Amin ini telah berhijab sepenuhnya atau tidak?

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Rata-rata peminat tampil menyambut baik penampilan terbaru yang digayakan Fazura dan ramai yang mendoakan agar pelakon Gol Dan Gincu ini istiqamah untuk bertudung sepenuhnya.

Jika sebelum ini Fazura mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan, namun kali ini gayanya di media sosial sedikit berbeza apabila ‘newsfeed’ Instagramnya lebih banyak memaparkan dirinya bertudung.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat meninggalkan doa dan kata yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Advertisement

“Cantiknya Fazura. Harap sangat dah berhijab. Amin ya rabbal alamin. Saya sangat mengagumi anda.” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Fazura yang pernah ditemubual sebuah media turut disoal mengenai isu bertudung dan penghijrahannya kini.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Ujarnya, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi, namun sekiranya dia sudah bersedia, dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.

“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya..” ujarnya ketika ditemui media.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    June 9, 2021 at 11:13 pm

    stuju sgt. buat ape nk umum. sampai mase rse nk buat nanti buat ajelah.

  2. macam ni lah bagus

    June 9, 2021 at 8:03 am

    cantik. semoga istiqomah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top