Kerap Guna Filter Gelap Setiap Kali “Upload” Gambar? Anda Mungkin Sedang Kemurungan

Trending

Kerap Guna Filter Gelap Setiap Kali “Upload” Gambar? Anda Mungkin Sedang Kemurungan

Tahukah anda penggunaan filter gelap, gambar yang kebiruan, dan “less-saturated” secara kerap menunjukkan bahawa seseorang itu kemurungan? Satu kajian diterbitkan di EPJ Data Science, menunjukkan seseorang itu sedang bergelut dengan kesihatan mental.

Advertisement

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan sampel seramai 166 individu, hasil 71 daripadanya didiagnos mengalami kemurungan.

Jumlah keseluruhan daripada 166 akaun ini sebanyak 43,000 gambar. Apa yang mereka lakukan adalah, memberi akses kepada akaun Instagram peribadi yang mereka miliki.

Gambar ini dianalisis menggunakan model komputer khusus yang boleh meneliti setiap pixel warna, metadata dan pengecaman muka tanpa mengambil kapsyen gambar tersebut. Kemudian, data-data ini diramal sama ada pemilik akaun Instagram tersebut mengalami kemurungan atau tidak.

Apa yang terjadi, data-data ini mengenal pasti mereka yang mengalami kemurungan dengan peratus sebanyak 70%. Menurut kajian, hasil peratus ini adalah melebihi peratus pengenalpastian masalah kemurungan oleh doktor biasa yang hanya 50% ketepatannya.

Menurut Chris Danforth, seorang profesor komputer lanjutan di University of Vermont dan pengarang bersama kajian ini, tujuan melakukan kajian ini kerana ingin mengenalpasti perilaku yang ditunjukkan oleh pengguna tanpa mereka sedari.

Komputer tersebut mengenal pasti gaya dipamerkan oleh pengguna Instagram yang sedang mengalami kemurungan. Gambar-gambar mereka cenderung agak kelabu, gelap dan kebiruan. Gambar tersebut tidak mempunyai banyak komen dan kurang likes.

Dan apabila mereka menggunakan filter, mereka lebih gemar memilih Inkwell (filter hitam dan putih) manakala yang lain lebih suka filter Valencia.

Bar yang berwarna biru mewakili penggunaan filter Instagram tidak seimbang oleh peserta yang mengalami kemurungan berbanding peserta yang sihat, manakala bar merah menunjukkan penggunaan filter Instagram oleh peserta yang sihat mentalnya.

Mereka yang berhadapan dengan kemurungan lebih suka memuat naik gambar wajah, namun mempunyai bilangan wajah yang kurang dalam satu-satu gambar, yang menggambarkan mereka selalu, atau lebih suka berseorangan.

Terdapat bukti juga yang agak kuat menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih suka warna yang gelap dan kurang sensitif terhadap warna, mereka melihat dunia seperti tidak berwarna.

Adakah jika rakan anda memuat naik gambar hitam putih di Instagram bermakna mereka mengalami kemurungan?

Tidak semestinya. Dengan mengambil kira konteks data yang ditunjukkan di media sosial setiap hari, anda boleh dapatkan idea mengenai apa yang berlaku di sebalik sesuatu gambar atau post.

Sumber :ViceDaily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...