July 29th, 2015

Bintang popular Aaron Aziz mendedahkan salah satu punca yang menyebabkan bahunya sakit adalah kerana kerap mendukung aktres Siti Saleha.

Pernah mengalami sakit pada bahagian bahu sebelum ini, Aaron Aziz mengakui kesakitan bahu beliau bertambah apabila diarahkan untuk mendukung Siti Saleha dari ruang tamu sehigga ke bilik tidur dalam satu babak ketika penggambaran Cinta Paling Agung.

Malah, keluasan rumah tersebut yang agak besar membuatkan Aaron merasa “ngeri” apatah lagi jarak antara ruang tamu dan bilik tidur begitu jauh lebih-lebih lagi apabila beliau  terpaksa mendukung Siti Saleha sambil menaiki tangga.

Err Siti Saleha berat ke abang Aaron? Hehe… Semoga Aaron Aziz cepat sembuh sepenuhnya daripada sakit bahu, kami yakin dengan rawatan fisioterapi akan sedikit sebanyak membantu beliau. InshaAllah.

Sumber Berita: Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...