Melalui platform TikTok, tular satu kisah mengenai seorang lelaki yang sudah bergelar suami menghabiskan sisa baki masa isteri yang sedang terlantar sakit di hospital.
Diperli ‘officemate’ selalu cuti jaga isteri tenat
Individu yang dikenali sebagai Amsyar Zulkeply itu berkata dirinya kerap diperli oleh rakan sekerja susulan sering mengambil cuti.
Namun begitu, dia sama sekali tidak menghiraukan perlian itu kerana merasakan duit boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti.
Dulu dengan arwah isteri aku selalu cuti dan pernah cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan. Aku tak kisah hilang kerja. Aku lebih pentingkan keluarga.
‘Ujian setiap manusia berbeza’
Dalam pada masa yang sama, Amsyar turut sempat berkata ujian setiap manusia itu berbeza dan masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama diperli oleh sekerja kerana lebih mementingkan keluarga daripada kerja.