Kerap Buat Video Gaya Hidup Sihat, Netizen Dedah Isteri Tareq Fit Rupanya Berisi – “Saya Suka Wanita ‘Chubby'”

Kehidupan

Kerap Buat Video Gaya Hidup Sihat, Netizen Dedah Isteri Tareq Fit Rupanya Berisi – “Saya Suka Wanita ‘Chubby'”

Netizen tidak melepaskan peluang mempersoalkan tindakan jurulatih kecergasan, Tareq Fit, yang didakwa bersikap double standard dalam isu berkaitan kondisi fizikal.

Menurut netizen, Tareq Fit sebelum ini kerap mengecam individu yang gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan secara terbuka. Dia juga sering menggesa orang ramai supaya menjadi kurus demi kesihatan.

Advertisement

Namun begitu, baru-baru ini netizen mendakwa isteri Tareq Fit sendiri sebenarnya berisi, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Seorang netizen, Harun Shah, tampil mempersoalkan pendirian Tareq Fit dan berkata:

“Hari ini setelah kantoi isteri coach pun berisi, tiba tiba coach pusing pula menyatakan bahawa coach sebenarnya suka wanita chubby [berisi]. Mana satu yang betul ni?”

Dalam video yang turut dikongsikan oleh netizen, Tareq Fit mempertahankan keadaan fizikal isterinya dan menjelaskan bahawa ia adalah atas kehendaknya sendiri kerana dia menyukai wanita berisi.

 

Menurut Tareq Fit, isterinya sebelum ini memang gemuk, namun kini hanya dikira berisi atau chubby. Malah, dia sendiri meminta isterinya supaya tidak lagi menurunkan berat badan.

“Dulu isteri saya gemuk, ya! Namun sekarang alhamdullilah dia cuma terlebih berat badan sahaja [tidak terlalu gemuk]. Sebab saya dah pesan dengan dia: ‘Sayang jangan turunkan berat badan, sebab saya tak kamu kurus kering.’

“Kenapa? Sebab perempuan lagi cantik apabila mereka berisi, curvy, chubby. Yang dah kahwin faham kan? Alhamdullilah.

“Inshallah, di masa akan datang, jika Allah SWT berikan aku kemampuan untuk berpoligami, aku akan mencari perempuan yang Chubby.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendirian Tareq Fit yang dilihat berubah apabila melibatkan isterinya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dr Fie Tawfek
2026-02-03 10:29:07

"Urusan Saya Benar-Benar Dipermudahkan.." - Bekas Isteri Nubhan Luah Rasa Syukur, Dapat Rumah & Kereta Baharu Dalam Masa Terdekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...