Jumaat lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.
Susulan itu, pelakon Zarina Zainuddin berusaha untuk menyediakan juadah Jepun sebagai menu sahur kepada anak usahawan tersebut iaitu Sky Taizo Okumura yang pertama kali berpuasa tanpa ibunya.
Ridzuan juga difahamkan masih menetap di rumah pelakon tersebut yang merupakan anak saudaranya.
Baru-baru ini, Zarina telah memuat naik satu video di akaun Facebooknya memaparkan dia Sky sedang duduk di sebuah kerusi urut bersendirian.
Pelakon tersebut dilihat meminta Sky untuk memegang telefon bimbitnya namun, anak kepada usahawan itu kelihatan tidak selesa.
Sky turut memberitahu pelakon tersebut bahawa dia ingin bersendirian buat sementara waktu.
Saya nak bersendirian.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata meminta agar pelakon tersebut untuk tidak menjadikan Sky sebagai salah satu ‘content’ nya di media sosial.
Mereka juga berharap agar pelakon tersebut dapat memberikan sedikit privasi buat anak usahawan itu kerana dia baru sahaja kehilangan ibunya.