Kerana Watak Nadia, Iman Suhana Diugut Pijak Perut, Sagat Muka Dekat Jalan

Hiburan

Kerana Watak Nadia, Iman Suhana Diugut Pijak Perut, Sagat Muka Dekat Jalan

Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik semenjak membintangi drama Takdir Yang Tertulis, Iman Suhana sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam drama Sabarlah Duhai Hati yang kini ditayangkan di saluran televisyen TV3.

Lakonan mantap yang dibawa Iman itu wajar diberikan pujian kerana watak antagonis sebagai Nadia itu ternyata telah memberikan kesan yang cukup mendalam dan membuatkan penonton berasa geram dan meluat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)

Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid,31, berkata semenjak membintangi drama tersebut, dia ada menerima mesej-mesej berbaur ugutan di laman sosial miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)

“Alhamdullilah selepas TYT, kali ini Sabarlah Duhai Hati pula jadi sebutan penonton..memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati. Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima..mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu..”

Meskipun kerap menerima komen-komen menakutkan seperti itu, ujar Iman masih ada yang tampil memberi komen positif seperti memuji pembawaan watak dan lakonan yang dibawanya dalam drama tersebut.

Sekadar info, pelakon kelahiran Taiping, Perak ini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)

Iman berumah tangga bersama suaminya, Muhammad Shazwan Ibrahim,32, pada tahun 2018 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...