January 18th, 2017

Pelakon Siti Saleha tidak sangka bahawa jumlah pengikutnya di Instagram akan meningkat dan mencecah angka 1 juta gara-gara penangan drama 7 Hari Mencintaiku, meskipun penonton benci dengan watak isteri biadap, Mia Adriana.

Saya tidak menyangka sambutan yang diterima sebaik ini. Awalnya bimbang apabila baca skrip kerana watak Mia Adriana berat. Namun disebabkan belum pernah membawakan watak sebegini, saya cuba dan terima cabaran tampil sebagai wanita kurang ajar.

Advertisement

Nyata impak watak itu sangat besar sehingga penonton rasa benci. Namun, saya bersyukur peminat faham saya menghayati watak dan mengikut kehendak skrip.

Untuk pengetahun anda  drama 7 Hari Mencintaiku antara yang paling laris  dan mengatasi drama-drama stesen televisyen lain kerana berjaya mencatat 12 juta tontonan.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Saleha kerana telah membuktikan beliau mampu menjiwai watak dengan baik dan memberikan kesan kepada penonton.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Advertisement

Comments are closed.

Loading...