Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Viral Video Tunjal : Aliff Syukri Terpaksa Pulangkan Qayyum Kepada Ibu Kandungnya

Meskipun sebelum ini pihak Datuk Seri Aliff Syukri sudah memberikan penjelasan sebenar disebalik video viral salah seorang pembantu rumahnya dituduh menunjal kepala anak angkatnya, Qayyum, isu itu nampaknya membawa kepada satu perkara yang menyedihkan buat Aliff Syukri sekeluarga.

Advertisement

Ibu kandung Qayyum kembali menuntut anaknya itu dan hari ini Aliff dan keluarganya terpaksa berpisah dengan kanak-kanak itu.

Menerusi akaun Instagramnya, Aliff meluahkan isi hatinya yang merasa sedih terpaksa berpisah dengan Qayyum yang sudah setahun dibawah penjagaannya.

Berat hati untuk Aliff melepaskan anak angkatnya itu kerana kasih sayangnya pada Qayyum tidak ubah seperti darah dagingnya sendiri.

Kami yakin Aliff dan isterinya sudah memberikan yang terbaik dan begitu ikhlas menjaga Qayyum. Bersabarlah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan pecayalah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 Comments

  1. Namasaya

    January 27, 2019 at 2:41 pm

    Eloklah mak yom ambik blk.. Kita tgk keadan yom x brape sihat.. Akan dtg kita x tahu adakah 100% datuk datin akan jaga yom.. Tdr pun dgn bibik.. Mak mn x sdh..Tu pun datuk datin ckp yom ada masalah.. Baik mak kndung sendiri bg perhatian. Mcm yom tu perlu perhatian sgt2 elokla dgn mak kandung sndiri.. Mcm mn keadaan anak mak kandung akan sntiasa syg anak..

  2. Aku budak lama

    January 26, 2019 at 6:32 am

    Biarlah yom dipulangkan balik kepada mak dia..
    …baik buruk miskin kaya susah senang itulah mak kandung dia dunia akhirat…kasih sayang yg sejati tulus ikhlas insyaAllah…tak sama kalau dibandingkan dgn ibu ayah angkat atau susuan…mungkin skrg mak yom dh mampu utk jaga…kalau aku jadi yom pun aku nak balik kpd mak aku sendiri…sbb mak aku cuma sorang je kat dunia ni dan takde ganti lagi

  3. Jaga jari korg

    January 25, 2019 at 10:42 pm

    Nmpk Mak Qayyum bawak dia jalan2 beli brg tadi. Happy je nampak Qayyum. Nmpk Mak dia byk communicate dgn dia. Obviously Qayyum ni manja nk perhatian je. Bukan main semua kecam2 mak Qayyum. Ishh ishh.. X semestinya kekayaan tu menjamin kebahagian menjamin masa dpn seseorg.

    • Anonymous

      February 1, 2019 at 12:22 am

      Saya pun tgk juga. Qayyum nampak Lebih response n happy bila bersama keluarga kandung. Kita doakan semoga qayyum sihat walafiat.

  4. Hmm

    January 25, 2019 at 9:39 pm

    Bagi pendapat sy biarlah x kaya raya asalkan Qayyum dpt perhatian dari Mak dia. Walaupun ramai tuduh Mak Qayyum mintak duit/amik kesempatan.Qayyum jelas2 dia menangis sbb nk perhatian je.. Mak mana la x sedih bila pos anak yg minta kecaman je. Anak terencat , autism la. Pastu ungkit2 duit belanja habis Kat Qayyum tu. Bygkan budak tu dh besar baca tgk? Hmm

  5. Kapal Selam

    January 25, 2019 at 5:05 pm

    Ala…Apa la Banggang nya…. Co-parenting lah…
    3 hari rumah Dato. 4 Hari rumah mak kandung.
    Bawak berbincang please. Hopefully semua happy.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top