Meskipun sebelum ini pihak Datuk Seri Aliff Syukri sudah memberikan penjelasan sebenar disebalik video viral salah seorang pembantu rumahnya dituduh menunjal kepala anak angkatnya, Qayyum, isu itu nampaknya membawa kepada satu perkara yang menyedihkan buat Aliff Syukri sekeluarga.
Ibu kandung Qayyum kembali menuntut anaknya itu dan hari ini Aliff dan keluarganya terpaksa berpisah dengan kanak-kanak itu.
Menerusi akaun Instagramnya, Aliff meluahkan isi hatinya yang merasa sedih terpaksa berpisah dengan Qayyum yang sudah setahun dibawah penjagaannya.
Berat hati untuk Aliff melepaskan anak angkatnya itu kerana kasih sayangnya pada Qayyum tidak ubah seperti darah dagingnya sendiri.
Kami yakin Aliff dan isterinya sudah memberikan yang terbaik dan begitu ikhlas menjaga Qayyum. Bersabarlah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan pecayalah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik.

Pemerhati
January 29, 2019 at 10:53 pm
Sudahler….nambah dosa je bergossip.Apa yg korang dpt dgn bergossip camni?ingat bole kaya mcm dato aliff ke????
mulut celupar
January 28, 2019 at 9:34 am
eloklah qayyum dipulangkan, xkaya bukan beerti xbahagia..deep sgt.duit xboleh membeli segalanya.