March 1st, 2013

Abang Nara bukanlah penyokong kuat mana-mana parti. Mana yang betul, itulah Abang Nara sokong. Bagi Abang Nara, sembang pung pang pun tak guna kalau tak daftar mengundi. Jadi Abang Nara mengambil langkah tengah iaitu membaca kesemua info setiap pihak politik yang ada di Malaysia.

salih yaakob dan nabil

Jadi apabila Abang Nara tahu yang Salih Yaakob bakal bersara daripada dunia hiburan kerana kritikan keras yang diterima di dalam video jenaka mengenai Pakatan Rakyat, Abang Nara agak kecewa sebenarnya. Turut sama di dalam video tersebut ialah Nabil Ahmad. Abang Nara tengok video ini Abang Nara gelak je dan tak fikir apa-apa. Sekadar hiburan semata-mata.

Berkata kepada Utusan Malaysia, Salih Yaakob memohon maaf kepada peminatnya.

Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan. Ini salah saya juga. Saya tidak boleh marah sesiapa, secara jujurnya saya tidak menyokong mana-mana pihak. Mungkin penyebaran video ini pada ketika negara kita bakal berdepan pilihan raya menyebabkan impaknya agak berat buat saya. Bagaimanapun sekali lagi ingin saya tegaskan saya tidak berada di dalam mana-mana parti.

salih yaakob dan nabil

Sesetengah rakyat Malaysia ini kadang kala serius tidak bertempat. Kalau dah namanya Salih Yaakob dan Nabil, confirmlah video ini dibuat sekadar suka-suka dan kelakar kan? Tak perlu emosi dan fanatik sangat. Kalau betul mahukan perubahan, tak perlu boikot Salih Yaakob dan Nabil. Cuma perlu keluar mengundi dan jalankan tanggungjawab anda. Tak gitu?

P.S: Jambatan runtuh di Putrajaya


Comments are closed.

Loading...