Kerana ‘Tweet’ Jangan Segan Ajak Teman Wanita Solat, Qi Razali Dikatakan Berlagak Alim

Hiburan

Kerana ‘Tweet’ Jangan Segan Ajak Teman Wanita Solat, Qi Razali Dikatakan Berlagak Alim

Gara-gara memuat naik status di Twitter mengajak orang untuk menunaikan solat baru-baru ini, pelakon dan pengacara Qi Razali dituduh cuba berlagak alim oleh sesetengah pihak.

Advertisement

Buat mereka, Qi tidak sesuai ataupun layak untuk membicarakan hal agama sedangkan teman wanitanya juga tidak menutup aurat  dengan sempurna dan menuduhnya kaki kelab malam.

Bagaimanapun, Qi menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada dirnya, jelas Qi kenyataan itu dibuat secara umum sahaja dan cuba memberikan contoh yang baik kepada masrayakat.

Siapa yang ambil nasihat itu dengan cara baik baguslah. Yang belum sampai masanya insya-Allah kita buat yang terbaik saja.

Cara kita mengajak dan membimbing ke arah kebaikan itu masing-masing punya tanggungjawab. Kan tweet saya itu diakhiri dengan ajar cara elok dan bagi contoh baik. Islam itu indah. Jangan bagi pandangan buruk terhadap agama kita dengan satu komen saja.

Apa salahnya untuk menyokong sesuatu perkara yang baik?Tidak faham betul dengan sikap sesetengah manusia yang menghakimi layak atau tidak seseorang itu berbicara soal agama hanya berdasarkan luaran mereka sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...