Kerana Tidurnya Terganggu, Seorang Pemuda Tikam Imam

Kehidupan

Kerana Tidurnya Terganggu, Seorang Pemuda Tikam Imam

Kerana tidurnya terganggu, tegarnya seorang pemuda berusia 23 tahun menikam seorang imam yang sedang membaca al-Quran sekitar jam 6.30 pagi  di Masjid Kampung Apal, Jerteh.

Pemuda ini telah mencederakan mangsa yang berusia 37 tahun  akibat tikaman dengan menerima 7 jahitan di dada kirinya.

Advertisement

Dipetik dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa membaca al-Quran di ruang solat masjid sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

Pemuda tersebut menikam dada mangsa menggunakan objek tajam dan melarikan diri sebelum mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

Siasatan awal mendapati mangsa adalah imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia kelmarin.

Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jerteh, suspek berusia 23 tahun ditahan tidak lama kemudian dan kita turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mohd Zamri berkata, hasil soal siasat suspek mengaku menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu tidurnya.

Dari sisatan yang telah dihalankan oleh pihak polis mendapati bahawa jarak rumah pemuda dengan tempat kejadian kira-kira 100 meter.

Suspek yang positif methamphetamine turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sanggupkah anda membunuh jika tidur terganggu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...