Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Tidak Mahu Bayar Lebih, Aishah Azman Kecewa Sikap Produksi Drama Rindu Yang Hilang

Aishah Azman

Pelakon Aishah Azman meluahkan rasa kecewa dengan penerbit drama lakonannya yang berjudul Rindu Yang Hilang meskipun dirinya disahkan negatif COVID-19.

Perkara tersebut dizahirkan Aishah menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya yang secara terbuka telah menyatakan kekesalan berhubung beberapa perkara melibatkan produksi drama tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ?????? ????? (@aishahazman8)

Difahamkan penerbit produksi tersebut telah memaksa seorang pelakon untuk hadir bekerja meskipun mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 hanya kerana enggan membayar lebih untuk tambahan hari lakonan.

“Beliau boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team yang lain. Atas sebab tak nak bayar lebih untuk tambahan hari, beliau juga biarkan pelakon untuk bekerja sehingga 24 jam atas sebab tak nak mengeluarkan bajet.”

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa ini merupakan pengalaman kali pertama bekerja dengan penerbit yang mempunyai sikap sedemikian rupa.

View this post on Instagram

A post shared by ?????? ????? (@aishahazman8)

Malah, menurut Aishah, penerbit tersebut enggan bertanggungjawab untuk membayar semua kos ujian saringan calitan pada semua pelakon dan kru yang terlibat dalam penggambaran tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Rindu Yang Hilang, Laila Nasir telah didapati positif wabak berkenaan selepas tamat penggambaran drama Kiblat Yang Hilang di Pangsun, Hulu Langat.

View this post on Instagram

A post shared by ?????? ????? (@aishahazman8)

Berikutan itu, pelakon drama yang dibintangi Aishah iaitu Farisha Irwayu dan Sweet Qismina turut positif COVID-19.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    April 27, 2021 at 8:32 am

    jgn lagi berlakun senang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top