Kerana Tak Mampu, Ibu Dan Dua Anak Terpaksa Tidur Di Lobi Hospital Demi Suami Hidap Kanser

Trending

Kerana Tak Mampu, Ibu Dan Dua Anak Terpaksa Tidur Di Lobi Hospital Demi Suami Hidap Kanser

Sesungguhnya di dunia ini ada orang yang lebih susah daripada kita. Sebagai manusia kita sepatutnya selalu bersyukur dengan rezeki kurniaan tuhan.

Ini adalah kisah tular mengenai seorang wanita dan dua orang anaknya yang terpaksa bermalam di lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, Pahang.

Ini kerana beliau menjaga suami yang disahkan menghidap penyakit kanser usus dan hati sejak dua minggu lalu kerana tidak mampu menyewa mana-mana bilik.

Menurut Sinar Harian, Sarina Endut mengalami kesempitan wang sejak suaminya, Jamaluddin Uyub,59, dimasukkan ke wad kerana penyakit kanser usus sejak 24 Julai lalu.

Advertisement

Kerana tidak mempunyai kenderaan dan juga wang untuk ulang alik, beliau telah diberhentikan kerja sebagai tukang cuci kerana bercuti lama menjaga suami.

Apa yang menyayat hati apabila kelihatan anak-anak kecil ditinggalkan di lobi ketika beliau naik merawat suami. Pada waktu malam pula, anak-anak itu tidur di lobi bersendirian.

Sarina mengatakan beliau sedih terpaksa meninggalkan anak-anak di lobi.

Sedih dan gusar bila fikirkan anak-anak yang ditinggalkan di lobi. Saya turun naik nak jaga suami dan tengok anak-anak.

Walaupun penat, tapi saya tak kisah janji dapat jaga suami dan anak-anak sekali.

anak-anak kecil ditinggalkan di lobi

Sarina, dia tidak menjangka kisahnya mendapat perhatian meluas pelbagai pihak selepas dua minggu dia memikirkan nasib keluarganya.

Sarina dan anak-anaknya telah ditempatkan di sebuah bilik di Anjung Kasih Hoshas Temerloh selain menerima perhatian ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.

 

Semoga si ibu dapat menjalani ujian ini dengan hati yang tabah. Mari kita doakan agar kesihatan suaminya kembali pulih. Amin!

Sumber: Sinar Harian& Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...