Kerana ‘Superbike’, Suami Paksa Isteri Kerja Gomen Buat Loan

Trending

Kerana ‘Superbike’, Suami Paksa Isteri Kerja Gomen Buat Loan

Makin menjadi-menjadi kes lelaki durjana yang hanya mahu berkahwin dengan wanita yang berkerja di sektor kerajaan hanya untuk mempergunakan mereka sebagai peminjam bank lalu diceraikan setelah memperoleh apa yang diingini.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam menerusi akaun Facebooknya yang bernama Eira Prislladia ada berkongsikan tentang pengalamannya menguruskan satu kes pinjaman membabitkan seorang suami yang didakwa memaksa si isterinya iaitu seorang kakitangan awam untuk memohon pinjaman peribadi atas tujuan membeli sebuah motorsikal ‘superbike’ untuk kegunaan suaminya itu.
wanita gomen dipergunakan oleh kaum lelaki

Advertisement

Menurut Eira, beliau pernah menguruskan pinjaman bank seorang jururawat tetapi yang menghantar aplikasi tersebut adalah suaminya.

“Isteri dukung anak diam di belakang. Selang 4 hari si isteri WhatsApp saya mintak tolong supaya loan tu jangan diteruskan. Saya tanya kenapa? Dia cuma kata, saya tak nak buat loan tu. Tolong tarik balik.”

Kemudian si suami pula call office bertanyakan status. Kami yang uruskan loan ni semakin pelik, jadi saya kata application dah dibatalkan sebab ada request untuk cancel.

Si suami kata, nanti dia cakap dengan wife dia. Tolong proceed untuk process.

Apa yang mengejutkan adalah, loan tersebut dibuat adalah untuk membeli super bike dalam harga RM86,000.

beli super bike

Masuk minggu seterusnya isterinya contact saya dan mintak untuk jumpa. Saya jumpa si isteri di luar. Merayu-merayu dia pada saya mintak tolong.

Katanya, tolong kesian pada dia. Si suami tak pernah tanggung beri nafkah untuk dia dan anak-anak. Pernah diceraikan dan si suami datang balik untuk rujuk dengan alasan anak masih kecil. Dia terima semula sebab keluarga mertua pujuk. Tapi masih sama.

Menurut beliau lagi, segala hutang dia yang tanggung iaitu rumah, personal loan, dan kini motosikal pula.

“Dia kata kalau kesian kat saya, tolong bagi tahu pada suami dia, loan ini reject dari bank.”

Kasihan pada wanita ini, saya buat seperti diminta. Seperkara lagi, si suami ada wanita lain. Katanya dia tahu yang suaminya ada perempuan lain. Sudahlah si isteri tak diberi nafkah. Guna nama isteri untuk tujuan dan kesenangan diri sendiri.

Suatu hari si suami menghubungi telefon saya, minta saya masukkan permohonan loan itu ke koperasi pula. Saya cakap bank dah reject. Kalau masuk koperasi kemungkinan juga akan reject.

Sebab syarat koperasi juga lebih kurang bank. Jadi dia macam dah kecewa. Saya save nombor si suami untuk data pelanggan dan apabila saya check WhatsApp, terpampang gambar si suami dengan perempuan lain dengan mesra berpeluk.
suami curang

“Aiii… ni bongok ke apa mamat ni!! Dah terang-terang wife dia saya kenal.”

Oleh kerana si lelaki telah dengan tidak sengaja kantoi yang dia memag curang. Maka permohonan itu saya lupuskan. Si isteri hubungi saya dan mengucapkan terima kasih. Suaranya sebak dan kedengaran seperti mencari kekuatan.

Duhai lelaki, wanita itu untuk kau tanggungi nafkahnya. Untuk kau berikan kasih sayang dan menjaga maruah serta keselamatannya. Bukan untuk kau jadikan hamba dan bibik di rumah. Malah kau bebankan dengan hutang.

Awek2-awek gomen, sila berhati-berhati. Jadikan kisah puan nurse ini sebagai pengajaran.

Kisah benar dari meja cik puan pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.

Sebelum ini juga terdapat kisah wanita yang dipergunakan oleh lelaki tak guna lalu diceraikan. Klik link ini untuk baca kisah sebelum ini dari seorang peguam.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...