Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Sibuk Bekerja : Fauziah Latiff Tangguh Lagi Perkahwinan

Selepas beberapa kali mengumumkan beliau bakal berkahwin tidak lama lagi, nampaknya penyanyi popular Fauziah Latiff sekali lagi terpaksa menangguhkan perkahwinan beliau.

Jelas Fauziah, tarikh perkahwinan tidak dapat ditetapkan kerana masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

Advertisement

Namun, Fauziah juga ada menjelaskan mereka juga sebenarnya masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai.

Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, tetapi kedua-duanya menemui kegagalan.

Advertisement

Kali pertama Fauziah berkahwin iailah bersama Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail berlangsung pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Selepas lima tahun sendirian, Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Johan Indot, di London.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Jeffri Joaquim, 18, dan Jeremy Jay, 16 sebelum bercerai pada tahun 2007.

Kita manusia hanya mampu merencana tetapi segala-galanya bergantung pada ketentuan takdir. InshaAllah, kalau ada jodoh pasti Fauziah Latiff akan berkahwin juga nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top