Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Salah Faham, Menteri Pelancongan Dan Kesenian Sarawak Mohon Maaf Pada Dayang Nurfaizah

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang merupakan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak telah memohon maaf secara peribadi kepada penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Permohonan maaf itu telah dibuat susulan salah faham oleh pihak tertentu dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang meminta penghibur anak jati Sarawak itu untuk menjalani ujian saringan COVID-19 buat kali kedua sebaik sahaja dia memasuki negeri itu.

Advertisement

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menurut Abdul Karim, Dayang dilaporkan telah melalui ujian saringan di Semenanjung sebagai salah satu syarat wajib untuk berada di bumi kenyalang itu.

Namun begitu, kakitangan dalam JPBNS telah melakukan saringan kali kedua dan telah mengenakan kuarantin kepada Dayang meskipun dia sudah melalui proses tersebut ketika di Semenanjung.

“Dia telah melalui semua prosedur yang ditetapkan tetapi tetap diberikan arahan untuk menjalani ujian saringan dua kali dalam tempoh tiga hari.”

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Pintu Syurga ini telah melakukan ujian saringan pertama pada 25 Disember lalu dan memasuki Sarawak tiga hari kemudian serta Dayang difahamkan telah mendapat pengesahan pengecualian daripada Pengerusi JPBNS.

Dayang Nurfaizah dilaporkan telah pulang ke Sarawak kerana memenuhi tuntutan kerja memenuhi jemputan untuk membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru, New Year Countdown 2021, pada 31 Disember ini.

SUMBER : Astro Awani
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama