Kerana Sakit Mental, Lelaki Ini Dipanggil ‘Orang Gila’ Sehingga Tak Diterima Jadi Cikgu

Kehidupan

Kerana Sakit Mental, Lelaki Ini Dipanggil ‘Orang Gila’ Sehingga Tak Diterima Jadi Cikgu

Penyakit depresi atau kemurungan telah menjadi satu istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini. Namun, tiada siapa yang tahu kesengsaraan di sebalik penyakit itu jika tidak pernah mengalaminya.

Baru-baru ini seorang pejuang pesakit mental telah berkongsikan kisah hidupnya yang sukar diterima oleh orang ramai.

Advertisement

Dalam perkongsian hidupnya, beliau menceritakan bahawa sudah beberapa kali permohonannya untuk menjadi seorang tutor dan guru ditolak akibat masalah kesihatan ini.

Beliau memberitahu jika masa boleh diundur, beliau tidak mahu berkongsikan pengalaman hidupnya pada media atau laman sosial agar cita-citanya dapat dicapai.

Perkongsian yang dibuat oleh lelaki ini bukan untuk menarik perhatian orang ramai, tetapi membantu orang lain yang sedang berjuang melawan penyakit ini.

Tiga

Kerana menghidap penyakit ini, kebencian manusia terhadap dirinya sangat melampau dan menganggap mereka yang menghidap penyakit mental adalah orang gila dan tak layak menjadi seorang cikgu. Ini kerana tidak ada orang yang menerima mereka.

Dianggap orang gila

dunia nyata

Apa yang menyedihkan hidupnya, ada diantara mereka yang menganggap beliau pembawa bala kerana penyakit yang dialami.

pembawa bala

Hilang ramai kawan faktor kesihatan

Hilang ramai kawan

Terima “Rejection” sebagai ujian tuhan yang akan melindungi diri kita

terima rejection
Terima rejection

Percaya rezeki Allah cukup luas

Rezeki itu milik Allah

Aku akan terus mempunyai impian jadi seorang cikgu

Impian jadi cikgu

Kisah lelaki ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Beliau sangat bersimpati dengan nasib lelaki ini. Menurut Syed Saddiq, tindakan lelaki ini sangat berani dalam berkongsikan pengalaman hidupnya yang menghidap penyakit mental. Syed Saddiq turut berkata, keberanian yang dipaparkan ini akan membantu mereka yang menghidap penyakit mental berasa lebih selesa dan mampu mencari bantuan dari orang lain.
Sepatutnya, pemuda ini tidak layak dihukum kerana penyakit mental yang dihidapi.

“Adakah anda memerlukan apa-apa bantuan daripada saya?Stay Strong”.

Semoga pemuda ini terus kuat menempuh segala ujian yang berlaku. Ingat, Allah sentiasa ada di sisi kita semua.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...