Hanya kerana isu remeh, tular di media sosial mengenai kes tiga remaja perempuan yang sanggup meletak racun dalam makanan rakan kelasnya. Difahamkan, tindakan tidak waras itu dilakukan kerana sikap tidak puas hati dengan markah tinggi yang diperoleh rakannya.
Lebih buruk lagi, insiden yang berlaku di Alexandria, Mesir itu telah menyebabkan rakannya maut. Kejam! Tiga pelajar kemudiannya ditahan polis selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Menyingkap kejadian malang itu, tiga suspek itu dipercayai meletakkan racun dalam sepotong kek mangsa kerana berdendam dengan pelajar terbaik yang sentiasa memperoleh markah tertinggi itu.
Pun begitu, siasatan masih dijalankan susulan kes yang masih menimbulkan banyak persoalan, mangsa juga diarahkan untuk dibedah siasata walaupun dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Segalanya terbongkar apabila hasil bedah siasat membuktikan penemuan mengejutkan dimana mangsa sememangnya meninggal dunia akibat diracun.
Mengikut laporan media tempatan, masih ada enam pelajar sekolah berbaki yang turut menjamah kek yang beracun itu. Namun, mereka bernasih baik kerena hanya muntah-muntah dan keletihan. Alahai, kerana seorang, habis semua kena ya.
Semua pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk rawatan lanjut. Sama-samalah kita ambik iktibar dari kejadian ini ya. Cemburu biarlah bertempat..