Kerana Percayakan Rakan Kongsi : Fizo Omar Dedah Beliau Ditipu Sehingga Hutang RM 8 Juta

Hiburan

Kerana Percayakan Rakan Kongsi : Fizo Omar Dedah Beliau Ditipu Sehingga Hutang RM 8 Juta

Ramai yang cemburu melihat kejayaan yang dicapai oleh Fizo Omar dalam bidang perniagaan, boleh kata antara usahawan yang berkaliber dan sering mempunyai idea baru untuk diperkenalkan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, tiada siapa tahu kisah perit dan pengalaman pahit yang harus beliau tempuhi untuk mengecapi nikmat hidup seperti sekarang. Fizo menerusi portal Harian Metro berkata dunianya dahulu tiba-tiba menjadi gelap apabil dibebani hutang bernilai RM 8 juta angkara terlalu percaya dengan rakan baik beliau sendiri yang menipu tandatangan beliau.

Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya. Semunya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca.

Walaubagaimanapun, setelah menghadiri kursus motivasi oleh Dr Azizan Osman, beliau kembali bersemangat untuk bangkit daripada keperitan dan menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengalaman untuk beliau mencipta kejayaam.

Kes RM8 juta itu masih dalam siasatan, namun kata-kata semangat dan dorongan Dr Azizan buka mata saya untuk melihat masalah sebenarnya peluang untuk mencipta kejayaan dan kehidupan lebih cemerlang.

Kalau hendak berniaga kita harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut agar tidak tertipu. Biasalah dalam bidang perniagaan pasti akan ada pasang surutnya, tidak semua kejayaan itu datang bergolek bukan? Janganlah kita tengok orang tu  hidup senang buat bisnes kita pun buat jugak tapi tidak mahu ambil kira risikonya pada masa hadapan.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...