Kerana Perbuatan Manusia, Puntung Rokok Jadi Makanan Anak Burung

Kehidupan

Kerana Perbuatan Manusia, Puntung Rokok Jadi Makanan Anak Burung

Baru-baru ini seorang jurugambar wanita telah mengambil gambar ibu burung yang sedang memberi anaknya makan puntung rokok.

Karen Mason yang berkunjung ke Pantai St.Pete, Florida baru-baru ini melihat satu pemandangan yang amat menyedihkan iaitu seekor burung spesis black skimmer memberi anaknya makan puntung rokok.

Advertisement

Menurut Karen, beliau menegaskan agar semua perokok jangan membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Jika anda merokok, tolong jangan tinggalkan puntung rokok begitu sahaja.

 

Sudah masanya kita semua membersihkan pantai dan hargai alam sekitar bukannya tempat untuk kita sesuka hati membuang sampah.  #nobuttsforbabies.”

Gambar yang dikongsi di laman Facebook itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang memberi pelbagai komen dan reaksi.

Ramai pengguna mengatakan gambar tersebut amat menyayat hati dan menyedihkan.

Perangai manusia ini sangat jijik menurut seorang pengguna Josse Noel. Kami semua tidak mahu anda membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Sudah masanya kita mengharamkannya dimana-mana sahaja! Bagaimana dengan hak kami? dan juga Alam sekitar.

Bukan itu sahaja, menurut mereka juga, puntung rokok yang dibuang begitu sahaja oleh manusia tidak hanya menyakiti haiwan dan juga alam sekitar, tetapi tahukah anda ia juga boleh menjadi punca kebakaran hutan.

Puntung rokok adalah bahan yang kerap kali ditemui di pantai di seluruh dunia menurut laporan Ocean Conservancy tahun lepas.

Sumber: INDEPENDENT

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...