Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Panggilan ‘Kau’, Syatilla Melvin Dituduh Tidak Hormat Suami

Gara-gara panggilan ‘kau’ kepada suaminya, Shaheizy Sam dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, ada netizen yang menganggap pelakon Syatilla Melvin bersikap kasar serta biadap.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Syatilla merasakan perkara itu tidak harus diperbesarkan kerana rasa hormat terhadapan pasangan bukanlah diukur dari panggilan sahaja. Tidak adil untuk melabel beliau sebagai seorang isteri yang tidak menghormati suaminya.

Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan. Tidak semestinya saya membahasakan aku’ dan ‘kau’, saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya. Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas.

Sudah 10 tahun menjalinkan hubungan, pastinya Syatilla dan Sam sudah cukup memahami dan masak dengan perangai masing-masing. Mereka berdua okay sahaja, netizen pula yang terasa. Siapa tahu itu mungkin juga cara mereka sebagai pasangan suami isteri lebih mesra dan berkasih sayang.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 Comments

  1. JelapangPadiGirlz

    September 18, 2018 at 12:05 pm

    bagi aku biasa ja kut.. kawan aku sendiri bukan aku kau.. hang aku antara depa berdua..sbb berkawan baik lama sgt.. anak 1 pun masih hang aku.. bagi aku orang luaq x payah kut nak judge depa.. tu hal depa kan..laki dia ok ja aku tengok..sapa kita nak sibuk2… bagi aku ni bukan suami isteri pertama aku jumpa mcm cakap aku kau hang aku ni.. banyak ja… janji depa dua bahagia..

  2. kak melah

    September 18, 2018 at 10:44 am

    lantak dielh laki die yg netizen gelabah tetek kenapa???? lol ni lah zaman skg xde keje dok scroll social media jer.

  3. facepalm

    September 18, 2018 at 9:47 am

    Mcm tue pn dianggap kasar…bmasalah sgt ke…bukan dia panggil babi pn kt laki dia..kang dia panggil syg kt public, engko org jgak yg nk mluat..bnda cmnie pn nk viral 1mlysia..sbuk hal rmh tgga org..mlut sndri xelok ckap org itu ini..

  4. damai

    September 17, 2018 at 1:45 pm

    lah kakak dan abg ipar aku, panggil kau dan aku x ada hal punya, bahagia sampai dah bercucu pun, mmg ada couple dia mmg x romantic type dan bual asal blh as mrk kenal dari kawan sekolah rendah pun, dah terbiasa, x ada dia x tuhjuk hormat, cuma org dengar mcm kasar lah, x ada hal lah keluarga both pihak

  5. penyibuk rumah tangga orang

    September 17, 2018 at 9:42 am

    dorang laki bini dah biasa pun..sibuk aja hal rumah tangga org.kalau sam yg kata aku kau..ada tak keluar artikel pasal sam tak hormat bini?al maklum lah perempuan kan tak berharga.

Loading...
To Top