Kerana Miskin, Wanita India Makan Plastik Tong Sampah Demi Kelangsungan Hidup

Trending

Kerana Miskin, Wanita India Makan Plastik Tong Sampah Demi Kelangsungan Hidup

Sepasukan doktor yang menjalankan pembedahan ke atas seorang wanita tua di India terkejut mendapati masalah dalam perut yang dihadapi oleh wanita itu ialah kerana perutnya tersumbat dengan plastik yang dimakan kerana lapar.

untitled-1Tara Devi, seorang wanita berusia 52 tahun yang pekak dan bisu berasal dari daerah Himachal Pradesh, India, di bawa ke dewan kecemasan di hospital Solan oleh seorang warga tempatan yang perasan wanita itu sakit teruk.

Advertisement



Setelah menjalankan beberapa ujian, doktor mengesan sejenis ‘bola’ dalam perutnya. Pada mulanya, doktor menganggap bola itu ialah rambut bergumpal jadi mereka mengesyorkan pembedahan segera untuk membuang gumpalan itu.

Bagaimanapun, sewaktu prosedur pembedahan, doktor mendapati apa yang mulanya disangka rambut sebenarnya ialah juraian atau tali yang berasal dari guni plastik. Juraian yang ada mencapai kepanjangan tujuh kaki dan menyumbat usus wanita itu.

Disebabkan wanita itu pekak dan bisu, mendapatkan maklumat apa penyebab terdapat plastik dalam perutnya ialah sesuatu yang sukar. Namun, individu yang membawa wanita itu ke hospital memberitahu yang wanita bernama Tara Devi, sudah bertahun makan plastik yang dikutip dari tong sampah kerana kelaparan.

Baru-baru ini, selera makannya hilang terus dan kaki serta tangannya mula membengkak. The Tribune melaporkan sejak Julai lepas, Tara Devi hanya boleh mengambil air kosong dalam dietnya.

Bagaimanapun, pembedahan untuk membuang plastik dari perutnya telah berjaya dan keadaan kesihatannya kini semakin baik. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...