April 6th, 2018

Kontroversi Bigo Live membabitkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha ELyzza sudah berlalu lebih enam bulan namun impaknya terhadap kerjaya Fathia dan Natasha sangat besar dan berpanjangan. Kepada Utusan Online, Natasha Elyzza mengatakan dia menyesal terbabit dengan kontroversi itu dan mengakui ia adalah perbuatan bodoh.

Kata Natasha:

Isu itu membuatkan ramai bimbang mahu ambil berlakon kononnya takut saya buat hal. Ada antara alasannya pihak stesen televisyen menolak nama saya kerana kononnya isu itu masih segar lagi.

Tipu kalau saya katakan hal seperti ini tidak membunuh kerjaya. Saya akui, jatuh terduduk juga kerana kontroversi ini.

Tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, Tasha sedar, segala kesalahan itu datang daripada dirinya sendiri yang gagal menggunakan akal untuk berfikir secara rasional.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Tak nak dengar cakap orang inilah padahnya. Saya degil tak mendengar nasihat orang dan gagal mengawal diri sedangkan ada banyak lagi cara lain untuk berseronok.

Saya sedar apa yang dilakukan itu adalah satu perbuatan bodoh! Bodoh sangat! Tetapi, saya terima natijahnya, itu semua pengajaran dan kalau Tuhan tak sayangkan saya, dia tak kurniakan dugaan seperti itu.

Kalau tidak, di masa depan entah-entah banyak lagi perkara bodoh yang mungkin akan saya lakukan tanpa sedar seterusnya merosakkan nama sendiri.

Ada yang komen dan menghasut agar saya tidak diberikan tawaran berlakon. Kononnya perempuan macam saya ni tak patut ada dalam indusri, teruk, bermasalah dan sebagainya.

Benarlah apa yang diperkatakan, buat baik orang tak nampak, buat jahat sekali, 100 tahun pun masih ada yang akan mengungkit walaupun kita sudah berubah dan menyesali perbuatan itu.

Tak apalah, saya reda dan tetap akan berusaha. Satu yang saya pegang, rezeki pasti akan ada, lambat atau cepat, cuma saya perlu bersabar.

 

Malah, teman lelaki Natasha sendiri berpaling tadah dengan menghilang, malah memburukkan dirinya:

Bayangkan, dalam keadaan saya terduduk seperti itu, orang yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya bersikap sebaliknya. Malah lebih teruk, turut memburuk-burukkan saya.

Mujurlah ada teman-teman baik yang sentiasa ada di sisi. Sehingga kini, merekalah yang banyak menegur dan menasihati supaya saya tidak merosakkan diri.

Natasha mengakui persahabatan dengan Fathia kini pudar dan tidak tahu sebab sebenar Fathia tidak lagi menghubunginya:

Selepas video itu tular, saya dengan dia sempat rapat sekejap tetapi kemudian dia pun macam buat hal sendiri. Tak pernah saya tanya kenapa kerana menganggap masing-masing sudah dewasa dan terpulanglah mahu berkawan dengan sesiapa.

Tak tahu apa sebab Fathia buat begitu, tetapi jujurnya saya memang tiada masalah dengan dia. Elok juga begini kerana sama ada dia atau saya, kami tidak hilang atau rugi apa-apa pun kalau tidak berkawan.

Saya tetap akan kenang dia sebagai seorang kawan yang baik dan mendoakan kejayaannya dalam hidup.

Sejujurnya penulis tidak pernah menonton lakonan Natasha tetapi kasihan juga dia menerima natijah sebegini. Ia adalah satu pengajaran buat golongan selebriti agar tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan kritikan orang ramai, dan pastinya Natasha  sudah belajar dari pengalamannya.

Diharap Natasha berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. – beautifulnara.com


53 responses to “Kerana Kontroversi Bigo Live, Kekasih Menghilang, Buruk-burukkan Natasha Elyzza”

  1. kat says:

    Issue dah lama dek orang pun dah move onnn. Yang kau pergi ungkit balik kenapa? saja nak jaje cerita takut tengelam ditelan bumi?? rasanya hal bigo ni fathia yanh kena teruk .. dia pun dah move on kau yang sendu boleh dah kut jual goreng pisang jeee.

  2. Anonymous says:

    Ade je die ni belakon..cite zul ripin ngan aida jebat tajuk ‘maid’ apa tah tu..die jd adik zul..best je die belakon..tp tu la da silap sendiri..

Loading...