Terbabit dengan kontroversi menari seksi bersama Fathia Latiff di Bigo Live sebelum ini, pelakon Natasha Elyzza menerima padahnya apabila sudah enam bulan menganggur. Walaupun tawaran berlakon itu ada,namanya sering digugurkan dan ditolak oleh stesen televisyen.
Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan. Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televisyen, ia mungkin disababkan kontroversi tersebut.
Natasha sudah menyesali perbuatannya sebelum ini dan meminta agar diberikan peluang terakhir untuk kembali berlakon.
Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat. Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu.
Sebab itu seseorang itu harus fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan ikut kata hati, nanti mati. Namun, tidak salah untuk berikan peluang kedua kepada Natasha tetapi janganlah ulangi kesilapan yang sama.