August 25th, 2013

Amboi. Memang agak fanatik juga peminat bola sepak Sarawak ini. Namun Abang Nara memahami isi hati mereka. Memang terbakar juga hati apabila pasukan yang kita sokong digelar “cap ayam”. Itu yang Johara Pagi Era diancam bunuh sekiranya mereka berkunjung ke Sarawak. Seram jugak kan?
filem tanda putera

Ancaman ini terjadi selepas krew pagi Era iaitu Johan, Hanif dan Ray memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti. Mereka juga menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
filem tanda putera
Ketiga-tiga mereka telah pun dipanggil oleh pihak pengurusan radio Era dan diarahkan untuk membuat permohonan maaf pada minggu hadapan. Diharap selepas ini, Johara akan lebih berhati-hati di dalamisu-isu sensitif sebegini. Walaupun Abang Nara tahu mereka hanya melawak, tetapi biasalah ada pihak yang emosinya lebih sedikit. Sama-samalah kita ambil pengajaran.


Comments are closed.

Loading...