Kerana Kenyataan Aliff Syukri Yang Memalukan, Syarikat Rakaman Santesh Bertemu Peguam

Hiburan

Kerana Kenyataan Aliff Syukri Yang Memalukan, Syarikat Rakaman Santesh Bertemu Peguam

Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya.  Nampaknya isu Datuk Seri Aliff Syukri yang terlanjur kata di GV5 tentang hinaan rupa paras seorang wanita dan mempersenda warna kulit orang lain belum berkesudahan.

Advertisement

Terbaru, penyanyi berbangsa India, Santesh memberitahu pihak syarikat rakamannya telah bertemu dengan peguam mengenai isu tersebut.

Pihak label tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri semasa selingan program tersebut. Jadi mereka ada bertemu dan berbincang dengan peguam, tapi saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia membabitkan pihak label.

Sejujurnya pada malam konsert tersebut, Santesh tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Aliff kerana bunyi di atas pentas kurang jelas. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyimpan sebarang berdendam dengan Aliff dan bersedia untuk bertemu empat mata dengan jutawan kosmetik itu.

Saya tak ada masalah dengan Datuk Aliff sebab saya pun memang dah lama mengikutinya di Instagram dan sudah biasa tengok dia bercakap. Cuma malam itu, saya tak tahu apa niat dia.   Sejujurnya, masa malam kejadian saya tak dengar apa dia cakap sebab bunyi dari atas pentas tak berapa jelas sehinggalah peminat beritahu di Instagram. Kalau perlu bertemu dengannya selepas ini saya okay sahaja, tak ada masalah.

Harapnya apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada orang lain juga. Apa-apa pun, semoga isu mereka ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Syafiq Najihan & Datu Entertainment

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...