Kerana Keluarga Mertua Suka Masuk Campur, Lelaki Gantung Diri Akibat Tertekan Sangat

Kehidupan

Kerana Keluarga Mertua Suka Masuk Campur, Lelaki Gantung Diri Akibat Tertekan Sangat

Tekanan hidup yang melampau membuatkan kita sudah tidak lagi mampu bertahan untuk hidup diatas muka bumi ini kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan orang terdekat.

Kerana tekanan hidup akhirnya seorang lelaki bertindak membunuh diri. Kisah lelaki ini telah dikongsikan oleh seorang pegawai bank.

Advertisement

Beliau yang bertugas menjaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic menceritakan kisah lelaki yang menetap di Kedah hingga sanggup mengantung diri sendiri akibat tertekan.

Pada awalnya, pegawai ini menghubungi bapa mertua lelaki ini kerana masalah bayaran rumah yang tertunggak.

Tak mampu bayar pinjaman bank

Namun, lelaki ini secara tiba-tiba menangis dan memarahi pegawai kerana dikatakan memalukan dirinya. Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia.

Tapi saya tetap ikut undang-undang bank dengan tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada pihak ketiga.

Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua. Kemudian lelaki ini berdiam diri lebih kurang 5 minit.

“Saya panggil dia dengan nada bersahaja encik ok?”

Menangis sekuat hati macam orang gila

Menurut pegawai bank ini, lelaki tersebut menangis sekuat hati ketika bercakap dengannya di dalam panggilan. Sehingga beliau bersuara tetapi tidak faham apa yang dicakapkan kerana sedu lebih kuat dari butir bicara.

Rumah bakal dilelong

rumah lelong

Pegawai bank ini menenangkan lelaki itu dan memohon maaf diatas kesilapan dirinya yang meninggalkan nombor telefon pada bapa mertuanya bukan untuk memalukan, tetapi selaku pegawai bertugas yang tidak dapat menghubungi memberitahu bahawa rumahnya bakal dilelong.

Kemudian selama seminggu saya follow up kes lelaki ini, bantunya untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaanya menanggung segala isi rumah termasuk 3 orang anak yang masih kecil. Lelaki ini masih bekerja di syarikat swasta, gaji bersih sebulan RM3,200.

Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampaikan rumah sendiri dia tak terbayar. Isu dia, mertua kuat masuk campur hal rumahtangga, plus ipar duai parasit!

Dia teramat sayang isteri dia, sampaikan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia telefon bagi tahu ayah dia tak sihat. Takde siapa jaga.

Pindah rumah mertua

rumah bakal dilelong

Isterinya anak sulung, maka lelaki ini mengizinkan isteri untuk pindah tinggal di rumah mertua walaupun dia tak bersetuju.

Menurut lelaki ini, 3 orang ipar duduk serumah di rumah mertuanya. 2 dari mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ipar sewa rumah ringankan beban bayaran pinjaman bank

Selepas 3 ke 4 bulan, ipar yang duduk serumah mintak untuk duduk rumah lelaki ini dengan kadar sewaan RM300 sebulan. Sedangkan bayaran pinjaman rumah tersebut RM720 setiap bulan.

Tetapi lain yang jadi, iparnya hanya bayar sewa untuk sebulan sahaja, selebihnya berdiam diri tidak mahu membayar sewa rumah. Acapkali bank buat panggilan sehingga lelaki ini serabut sebab tiada bayaran masuk ke dalam akaun miliknya sebanyak RM300.

Sehinggalah lelaki ini bergaduh besar dengan iparnya. Mereka dihalau keluar dan menjadi kes polis. Tetapi mertua lelaki ini masuk campur, semuanya jadi berantakan.

Lelaki ini dituduh tak berguna, berkira, dan hampir-hampir bercerai dengan isterinya kerana isu ini.

Tanggung keluarga mertua 100%

tanggung mertua

Sebagai pegawai bank, tiada orang boleh menipu mereka. Jadi mereka tidak boleh menerima cerita tanpa sebarang bukti. Menurut pegawai bank ini, jika lelaki ini mahu pertolongannya, mereka tidak boleh mereka cerita.

 

Segala report polis, WhatsApp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia forward pada saya.

Kesian gila saya tengok dia. Sebab kos sara rumah mertua pun dia tanggung 100%. Termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati, macam mak bapak mereka  punya.”

 

Lelaki ini dikatakan tidak mampu melepaskan isteri kerana anak-anak masih kecil. Tambahnya, jika isteri diajak keluar dari rumah ini, bermula drama mertua sakit dan sebagainya.

Oleh sebab itulah dia marah sangat bila saya telefon mertua dia. Lelaki ini naik angin sebab dia hidap severe tension dengan mertua dan ipar duai.

Pegawai bank ini menggunakan masa sebulan untuk membantu lelaki ini dengan membuat kertas kerja. Ini kerana rumah tersebut baru setahun lebih dibeli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi.

Dalam masa sebulan, pegawai bank ini kurang tidur kerana memikirkan jalan penyelesaiaan untuk membantu lelaki ini.

Hampir setiap hari lelaki ini akan menelefon pegawai bank untuk bertanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah yang dimilikinya.

Sehingggalah pegawai bank ini menerima arahan dari boss besar mengatakan, jika lelaki ini tidak mahu rumahnya dilelong, beliau perlu membuat bayaran kos legal sehingga habis yang berjumlah RM7,000 lebih.

Saya perlu bersikap profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control.

Isteri telefon beritahu suami meninggal dunia

Satu hari itu, pegawai bank ini menelefon lelaki ini. Tetapi beliau banyak berdiam diri kerana difahamkan kereta dia juga sudah ditarik.

Selepas 3 hari, pegawai bank terima panggilan telefon dari isterinya mengatakan suaminya sudah meninggal dunia.

Tapi 3 hari kemudian saya menggigil pegang ganggang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal. Saya minta isteri dia fax pada saya surat kematian untuk bantu selesaikan insurans.

Lelaki ini bunuh diri

bunuh diri sendiri

Lebih mengejutakan wanita ini hingga menangis apabila menerima surat kematian menunjukkan sebab kematian adalah bunuh diri.

Saya follow up kes ni pada isteri dia, dan saya cakap pihak insurans consider punca kematian invalid untuk claim insurans.

 

Bapa mertua minta rumah itu ditukar nama 

Selepas kematian lelaki tersebut, bapa mertua lelaki ini menelefon pegawai bank tersebut untuk bertanya proses tukar nama kepada anak lelakinya.

 

Ambik rumah orang pakcik tak boleh main ambik gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang. Kalau isteri arwah mintak rumah tu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula.

Ni arwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apetah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye.

Katanya, kita semua mengetahui bahawa arwah sangat tertekan dengan hidupnya sehingga mengantung diri.

Kita tak berada di tempat lelaki ini. Sepatutnya kita tak boleh letak sebarang pertuduhan lagi-lagi melibatkan soal agama.

Arwah sangat menyayangi isterinya, sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah itu untuk isteri dan anak-anak apabila dia sudah tiada agar ada tempat untuk bertuduh.

 

Sumber: Facebook 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...