Berita mengenai nama Kamal Adli yang digugurkan daripada berlakon filem Abang Long Fadil 2 cukup memeranjatkan beliau serta peminatnya. Ramai merasakan keputusan itu tidak adil selepas mendengar khabar angin ia berkaitan dengan masalah peribadi Zizan Razak dan Kamal apabila aktor itu mula rapat dengan Emma Maembong.
Sehingga kini Kamal masih lagi merasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia menutup periuk nasi beliau.
Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya. Permainan macam ini tak sedaplah.
Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya.
Mengakui tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Zizan selepas ini, Kamal mampu untuk bersikap profesional dan tidak melibatkan sebarang isu peribadi ketika bekerja dan hilang hormat kepada mereka yang tidak boleh melakukan perkara tersebut.
Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi…saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar.
Tak apa lah Kamal mungkin bukan rezeki anda, siapa tahu ada baiknya juga bukan? Mana tahu lepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar buat anda.