July 16th, 2015

Betullah kata pepatah, mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Walaupun mata pedang dapat melukakan badan secara fizikal, namun kekuatan mata pena adalah emosi yang dicalarinya. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan teknologi dan laman sosial sekarang ini, para peminat seseorang selebriti itu bebas memberikan pujian, teguran, kritikan dan cemuhan. Agak menakutkan apabila mengetahui teguran-teguran yang diterima oleh Ainul Aishah kerana insiden gambar ‘bikini’nya membuatkan pelakon itu rasa tidak layak untuk hidup.
ainul aishah

Mungkin sesetengah teguran itu memang baik niatnya namun cara penyampaian agak kasar dan membuatkan pihak yang membacanya terguris hati. Malah sehingga ke hari ini masih ada peminat Ainul Aishah yang sengaja memberikan komen negatif tentang gambar ‘bikini’ itu. Namun ada hikmahnya perkara ini terjadi. Sekarang ini Ainul lebih berhati-hati memuatnaik sebarang gambar.Kata Ainul Aishah:-

Selepas kejadian itu saya jarang berkongsi gambar sebab ramai sangat yang nak beri teguran sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak layak hidup. Bila saya nak kongsi gambar, saya akan fikir beberapa kali dan pastikan gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah.

Mereka semua cari sebab sahaja, hingga sekarang ada lagi yang beri komen negatif dan bertelagah pendapat pada gambar saya walaupun di bulan puasa ini

ainul aishah

Teguran daripada peminat membawa maksud ada yang masih sayangkan diri anda. Ambil yang positif sahaja. Yang negatif itu tolak ke tepi jauh-jauh. Kalau nak lagi selamat, jangan baca komen terus. Hanya dapatkan feedback daripada keluarga dan rakan-rakan yang jujur dengan kita. Bukan rakan-rakan talam dua muka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...