Remaja 17 Tahun Tetap Belajar Untuk SPM Walaupun Tidak Mampu Ke Sekolah

Trending

Remaja 17 Tahun Tetap Belajar Untuk SPM Walaupun Tidak Mampu Ke Sekolah

Kita semua diberikan oleh kedua ibu bapa peluang untuk terus mencari ilmu di sekolah bagi mencapai cita-cita kita pada masa hadapan dengan pendidikan yang cukup sempurna tanpa sebarang kekurangan.

Tetapi tidak semua orang mendapat peluang untuk belajar seperti ini kerana masalah kewangan yang tidak mengizinkan seseorang menuntut ilmu.

Advertisement

Dalam sebuah Tweet yang tular oleh Asfaridah, beliau menceritakan kisah seorang pelajar perempuan di Sabah yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Pelajar tersebut teringin ke sekolah untuk belajar, tetapi disebabkan masalah kewangan keluarganya, beliau tidak dapat menghadiri sekolah setiap hari seperti pelajar-pelajar lain.

Pelajar cemerlang di sekolah

Beliau adalah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan keputusan peperiksaannya sangat memberangsangkan. Walaupun tidak dapat menghadiri sekolah, beliau sangat berdisiplin dan mengatur waktu belajarnya setiap hari.


Jika di sekolah, beliau sering kali dipulaukan oleh kawan-kawannya. Bukan itu sahaja, guru tidak mempercayai masalah yang beliau hadapi. Sehingga satu hari cikgu di sekolah memohon maaf padanya.

Percubaan SPM minggu hadapan

Pelajar berumur 17, ini akan menghadapi percubaan SPM pada minggu hadapan, tetapi tidak dapat ke sekolah kerana bapa pelajar ini tidak mampu menghantar anaknya ke sekolah kerana tidak ada duit untuk mengisi minyak kereta.

Bilik beliau dipenuhi dengan nota dan juga buku. Pelajar ini cuba berjalan ke sekolah, tetapi sangat jauh.

Tiada alat tulis nak belajar sekarang


Masalah lain pula menguji adik ini, sekarang beliau sudah tidak mempunyai alat tulis seperti pen dan juga kertas mahjung untuk belajar di rumah.

Selalu berpuasa dan tidak makan

Menurut Asfaridah, sebagai pekerja sosial, beliau memang sering ke rumah kebajikan dan orang miskin untuk berjumpa dengan mereka dan tanya masalah mereka.

Cuma sekarang kes ini aku paling sebak. Aku betul-betul rasa dekat dengan dua orang budak ini.

Beliau bertanyakan kepada dua orang adik beradik ini adakah mereka sudah makan, tetapi mereka beritahu selalu berpuasa.

Diorang malu sebenarnya nak beritahu belum makan, masa aku tanya. Tetapi aku paksa jugak cakap. Dengan nada tegas, dah makan belum! Then diorang cakap, ermm, minum air suam je tadi.

Waktu kerja dah habis, aku minta izin bapa mereka untuk bawa keluar makan. Satu lagi, family mereka jauh dekat Sabah dan Lundu. Tak ada sangat family atau sedara yang dekat dengan mereka. Tu yang aku sebak tu.

 

Isteri meninggal tanpa pengetahuan bapa 

Sebelum ini, bapa mereka pernah berkerja sebagai jurutera ‘offshore’, sebelum isteri tercinta pergi meninggalkan beliau dan anak-anak selamanya.

Anak-anak beliau memberitahu bahawa ayah mereka jarang menangis. Tetapi kali ini jatuh juga air mata lelakinya.

Beliau pulang dari laut dan tidak mengetahui bahawa isterinya sudah meninggal dunia sudah 3 hari. Kedatangan dia bukan berjumpa dengan isteri, tetapi pusara isterinya.

Tiada pilihan dan terpaksa berhenti kerja

Bapa kepada anak-anak ini tiada pilihan dan terpaksa berhenti kerja kerana anak-anak memerlukan beliau dan saudara sangat jauh untuk meminta pertolongan. Sekarang beliau berkerja sebagai mekanik dan mendapat upah kurang dari RM500 sebulan.

Menurut Asfaridah, ada juga yang bertanya mengapa si bapa tidak mahu berkerja tempat lain dan mencari rezeki lebih sedikit. Ini kerana beliau perlu menjaga anak lebih-lebih lagi seorang anaknya yang OKU.

Kena keluar dari rumah sewa

Menurut seorang pengguna Twitter lain, keluarga ini perlu keluar dari rumah yang di sewa pada 10 Ogos ini kerana tuan rumah ingin membina rumah lain di tapak tersebut.

Sebagai seorang manusia, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan tuhan kepada kita sekarang, dan sedar bahawa banyak lagi orang yang lebih susah dari kita.

Diharapkan, jika anda membaca kisah ini, kongsikan kepada orang lain yang mampu untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga ini.

 

Sumber: Twitter

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...