Kerana ‘Handsome’, Pengguna Tik Tok ‘Back Up’ Pesalah Ini Dan Mahu Diberikan Peluang Kedua

Dunia

Kerana ‘Handsome’, Pengguna Tik Tok ‘Back Up’ Pesalah Ini Dan Mahu Diberikan Peluang Kedua

Seorang lelaki kini tular di laman Tik Tok dan menjadi bualan ramai kerana memiliki sepasang mata biru yang cantik. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah lelaki kacak yang dijatuhi hukuman ketika perbicaraan mahkamah baru-baru ini.

Pengguna Tik Tok pasti sudah melihat beberapa video yang tular menunjukkan reaksi tekejut lelaki itu ketika hukuman dibacakan oleh hakim pada April 2021.

Advertisement

Lelaki yang dikenali sebagai Cameron Herrin, 21 telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun kerana menyebabkan kematian seorang ibu berusia 24 tahun dan bayi perempuannya ketika berlumba kereta dengan kelajuan 100mph sekitar tahun 2018.

Herrin yang ketika itu berusia 18 tahun memandu kereta Mustang di Tampa, Florida melanggar ibu dan bayinya yang sedang bersedia untuk melintas jalan raya.

Lantaran video yang tular, rata-rata netizen berpendapat Herrin patut diberikan peluang kedua kerana kekacakkan wajahnya sekaligus menjadikannya mengikut trend ‘I’m in love with the criminal’.

Advertisement

Namun, ada juga yang berpendapat lelaki itu perlu diberikan hukuman lebih kerana kasihan akan mangsa yang kehilangan isteri dan anak secara serentak.

 

SUMBER 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...