Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana #GodBlessAmerica, Awal Ashaari Dikecam Lupa Diri?

Turut bercuti dan pada masa yang sama menyertai pertunjukkan New York Fashion Week, pengacara dan pelakon Awal Ashaari sempat berkongsi beberapa foto beliau mengunjungi tempat menarik di New York dan juga turut terserempak dengan selebriti antarabangsa terkemuka di sana.

Advertisement

Secara kebetulan juga, Awal dan isterinya Scha Al Yahya turut berpeluang untuk memperingati ulang tahun ke 17 tragedi serangan 9/11 ke atas bangunan World Trade Centre yang meragut ribuan nyawa.

Umum mengetahui sejak daripada insiden itu, ramai orang Islam di dunia khususnya di Amerika Syarikat dihantui dengan terma Islamophobia, dimana pihak Barat melihat agama Islam penuh dengan kebencian serta kekerasan.

Tindakan Awal pula yang memuat naik foto ‘Moment Of Silence’  ketika mengenangkan peristiwa itu dengan menggunakan hashtag #GodBlessAmerica mengundang rasa kurang senang dikalangan netizen.

Advertisement

Ada yang menganggap Awal sudah lupa diri dan mengkhianati agamanya sendiri dan sedara sesama Islam yang teruk diperlakukan oleh Amerika Syarikat contohnya di Gaza dan Syria.

Mungkin Awal tiada sebarang niat buruk seperti yang disangkakan, kita pandang daripada sudut ‘humanity’ dan cuba berfikir positif. Malah, ia hanya mesej bersimpati terhadap mereka yang terkesan dengan tragedi hitam itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 Comments

  1. bobo

    September 15, 2018 at 12:24 pm

    HIDOP AMERIKA!

    • Wekkkkkkk

      September 15, 2018 at 2:15 pm

      Amerikalh terrorist sebenr.
      Dulu konon nk hapuskn kekejamn Sadam. Lepas Sadam mati..kata nk beredar dri bumi Iraq. Hakikatnya bukn nak hapuskn Sadam..bila sudah pegang Iraq dan bertapak..minyak lah dn gas yg Amerika impikan. Maka telah mmpengaruhi negara arab yg lain…ikut kata telunjuk Amerika…Arab saudi, Qatar , kuwait semua tu byk myk ..lautan minyak.
      Itulh tujuan utana Amerika….mahu minyak.

  2. Muslim in US

    September 15, 2018 at 12:50 am

    God=Allah, Allah=God
    USA, Malaysia, planet earth, universe all under god.
    What is the problem?

    • Anonymous

      September 15, 2018 at 9:11 am

      The problem is..Amerika nak jadi negara yg terkuat dlm dunia.

    • Anonymous

      September 15, 2018 at 11:33 am

      Dah mmg terbukti dpd dulu lg setelah wujudnya org dibumi amerika..mmg terbukti amerika kuasai dunia.n polis dunia.. semua berdagang pun ikut duit dia US Dollar ape cer….Europe cuba kuasai mata wang Euro utk dunia pun x jln masih tewas dgn kuasa US dollar. Betapa kuatnya pengarah org Yahudi yg menguasai Amerika..fikir..fikir..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top