Baru-baru ini, aktres yang sedang popular dengan drama Isteri vs Tunang, Sharifah Sakinah berpeluang untuk menunaikan umrah bersama suami tercinta, Aliff Adha.
Mahu berkongsi perkembangan beliau disana, Sakinah telah memuat naik satu foto beliau sedang menjelirkan lidah ketika bergambar di tanah suci Mekah. Nyata, foto berkenaan telah membuat peminat Sakinah bertelagah di bahagian komen.
Ada yang berpendapat Sakinah sepatutnya tidak bergambar seperti itu dan menjaga kelakuan ketika berada di Mekah.
Namun,ada juga peminat yang menganggap ia satu isu yang kecil dan ia tidak menentukan dosa atau pahala seseorang dengan berkelakuan seperti itu.
Kami pun tidak mahu komen lebih pasal isu ini, setiap orang diberikan akal dan fikiran untuk melakukan sesuatu.