Kerana FOMO & Trend YOLO, Ramai Belia Terbeban Hutang Seawal Usia 19 Tahun – “Nampak Orang Lain Ada, Dia Pun Nak Ada”

Gaya Hidup

Kerana FOMO & Trend YOLO, Ramai Belia Terbeban Hutang Seawal Usia 19 Tahun – “Nampak Orang Lain Ada, Dia Pun Nak Ada”

Menurut Pakar Kewangan Pengguna, sindrom Fear of Missing Out atau FOMO dan mentaliti You Only Live Once (YOLO) menjadi antara penyebab ramai golongan belia terjerat dengan bebanan hutang.

Katanya, kerana mahu gaya hidup yang tampak mewah, ramai belia dibebani hutang seawal usia 19 tahun dan trend itu sangat membimbangkan.

Advertisement

Terpaksa meminjam untuk beli pelbagai barangan keperluan adalah satu perkara amat serius kerana dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berbuat demikian untuk kelangsungan hidup.

Contohnya terpaksa membuat pinjaman bank atau institusi kewangan lain untuk beli barangan keperluan harian, sewa rumah, bayar kereta.

beban hutang

 

Orang ada, dia pun nak ada…

Trend membimbangkan ini juga makin memburuk dengan kewujudan kemudahan pinjaman seperti Atome atau mana-mana skim pinjaman lain yang digunakan oleh banyak bisnes (buy now pay later).

Malah, mereka ini juga menggunakan konsep FOMO, YOLO dan trend semasa tanpa mengukur keperluan kewangan sendiri. Lihat orang ada, dia pun nak ada. Jadi untuk dapatkan barang itu, dia buatlah hutang.

trend berbelanja belia

Kajian Financial Education Wellness Research Committee (FEWRC) oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 2023 menunjukkan golongan berusia 30 hingga 40 tahun paling banyak dibantu melalui Program Pengurusan Kredit.

Golongan muda berusia 19 hingga 30 tahun cenderung berhutang untuk melancong, makan di luar dan membeli peranti elektronik.

gaya hidup media sosial

Sementara itu, kad kredit adalah fasiliti tertinggi distrukturkan semula oleh AKPK (54%) diikuti pinjaman peribadi (33%), dan pinjaman perumahan (5%)

ramai penjawat awam bankrap
4 months ago

10 Hingga 30 Peratus Penjawat Awam Bankrap, Ada Yang Mohon Untuk Membangkrapkan Diri Sebab Terlalu Banyak Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...