Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana Farid enggan melafazkan cerai.
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka.
Menurut Kosmo, dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Kedua-dua pasangan itu enggan memaklumkan wakil JKP yang akan mewakili mereka.
Mahkamah menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.