Disebabkan satu adegan dalam drama yang ditayangkan di slot Samarinda iaitu ‘Nur’ malam tadi, sup bunjut kini menjadi viral. Adegan yang mencuit hati itu menunjukkan watak yang dilakonkan oleh Nur Khiriah curiga dengan satu ‘barang’yang dimasukkan dalam makanan yang dimasak oleh adik iparnya lakonan Amyra Rosli dan dihidangkan kepada keluarga mereka termasuk ibu dan ayahnya.
Namun apabila ‘barang’ itu diseluk dalam sup, ia sebenarnya sup bunjut!
Adegan itu boleh ditonton di bawah:
Adegan itu mendapat perhatian Netizen yang menyifatkannya kelakar. Ia menjadi topik yang hangat diperkatakan di media sosial.
Kalau sup bunjut pun tak kenal elok mati la mirul, pi mati.
— brgsjks (@brgsjks) June 7, 2018
tonight’s episode was the best! from adam’s mother acceptance to the sup bunjut spell! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH I CANT STOP ????????? #Nur
— khaleesi (@nashwawaa) June 7, 2018
Sup bunjut’s scene is better than petai’s scene. Fight me ?#Nur
— Hana Hisham ?? (@AfiqahZikriHana) June 7, 2018
Road to 300k @tv3malaysia !! Hope you guys listening to us, kami mahukan drama begini. Say no to klise bosan kayu kayan berlakon drama anymore. Fullstop. And #supbunjut trending too! #Nur #nurtv3 pic.twitter.com/z2puhEqlu0
— NoName (@jpSouljahBoo) June 7, 2018
Ramai mengatakan drama Nur ialah satu pembaharuan yang segar dalam industri drama tempatan yang sudah sekian lama dimomokkan dengan kisah kahwin paksa dan kisah cinta jutawan.
Semoga drama ini membuka mata banyak pihak bahawa jalan cerita yang lari dari kebiasaan juga boleh mendapat sambutan hebat asalkan karyanya berkualiti. – amazingnara.com