Kerana Drama Cinta Paling Agung, Siti Saleha Tak Tolak Kehidupan Berpoligami

Hiburan

Kerana Drama Cinta Paling Agung, Siti Saleha Tak Tolak Kehidupan Berpoligami

Dah tengok drama Cinta Paling Agung lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha? Hujung minggu lalu wife tercinta beli drama ini di Astro First. Menarik juga tema yang dibawakan iaitu poligami. Berbeza dengan drama biasa. Memang berbaloi untuk dibeli. Lakonan Siti Saleha sebagai seorang isteri yang bakal dipoligamikan/diceraikan juga amat mantap walaupun belum pernah berkahwin. Dan Siti Saleha juga comel yang amat pakai tudung dalam drama ini.

cinta paling agung

Advertisement

Kalau ada suami atau kenalan korang yang nak berpoligami dan menggunakan alasan ‘orang Islam boleh kahwin 4’, sila suruh mereka tonton drama ini. Babak yang paling wajib tengok ialah ketika ayah bakal isteri kedua Aaron Ariz menyekolahkan Aaron Aziz yang nak berpoligami tapi jadi imam sembahyang untuk isteri dan anak-anak pun tak pernah. Fuh!!! Memang pedih beb!!!

cinta paling agung

Apa pun, penglibatan Siti Saleha dalam drama Cinta Paling Agung ini telah membuka matanya tentang poligami. Menariknya, Siti Saleha tak menolak sekiranya dirinya dimadukan satu hari nanti. Kata Siti Saleha:-

Perkahwinan bukan satu gurauan. Saya banyak belajar sepanjang melakonkan watak ini. Cinta Paling Agung membuka mata saya mengenai penceraian dan poligami. Andai nanti saya berkahwin, saya tidak dapat menerima kenyataan jika ditakdirkan terpaksa berkongsi suami.

Saya tidak menolak kehidupan berpoligami tetapi suami harus berlaku adil dan mengikut lunas agama. Jangan pula nanti melukakan hati dan perasaan orang lain hanya kerana ingin mengambil kesempatan ke atas agama (menghalalkan agama)

cinta paling agung

Drama bermutu sebegini sememangnya wajib menjadi tontonan kita semua. Sekurang-kurangnya memberi sedikit kesedaran kepada lelaki-lelaki di luar sana yang menggatal nak kahwin dua. Kononnya layak dari segi harta dan mampu berlaku adil, sayangnya tak layak dari segi agama. Lagi beberapa gambar Siti Saleha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

cinta paling agung

cinta paling agung
cinta paling agung
cinta paling agung

cinta paling agung

cinta paling agung

cinta paling agung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...