“Kerana Dikecam, Allah Naikkan Darjat Bukan Gadis Biasa” – Sheila Rusly Bersyukur Drama Raih 11 Juta Tontonan

Hiburan

“Kerana Dikecam, Allah Naikkan Darjat Bukan Gadis Biasa” – Sheila Rusly Bersyukur Drama Raih 11 Juta Tontonan

Meskipun sudah habis ditayangkan sejak daripada beberapa minggu lepas lagi, drama ‘Bukan Gadis Biasa’ masih lagi menjadi topik perbualan utama netizen.

Siapa sangka drama garapan JS Pictures yang dinaungi oleh Jinggo dan Sheila Rusly itu menerima kritikan hebat dek efek solekan Opah Aminah yang dikatakan nampak tidak realistik selain suntingan yang kelihatan tidak profesional.

Advertisement

opah aminah sheila rusly

Walaupun mengakui bahawa sedikit terasa apabila penonton menghamburkan kata-kata kesat kepada ‘Bukan Gadis Biasa’ dan lakonannya, Sheila Rusly menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam kepada sesiapa yang mengecam drama tersebut.

Lebih manis apabila segala kritikan yang diterima itu telah dibayar dengan berita gembira bahawa drama itu berjaya meraih lebih 11 juta tontonan sepanjang 28 episod ia ditayangkan semasa bulan Ramadan di TV3.

“Walaupun orang kecam dan cakap macam-macam mengenai saya dan produksi saya, tapi saya percaya ada benda lain yang Allah nak beri. Jadi, ini (kejayaan) agaknya hikmahnya.”

bukan gadis biasa raih 11 juta tontonan

Tambahnya lagi, mungkin disebabkan kecaman yang diterima itu membuatkan ‘Bukan Gadis Biasa’ menerima ganjaran hebat seperti ini.

“Malah, saya ucap terima kasih kepada mereka. Mungkin disebabkan kecaman mereka, itulah Allah naikkan darjat drama Bukan Gadis Biasa.”

Walaupun drama ‘Bukan Gadis Biasa’ baru sahaja tamat. Sheila Rusly mendedahkan bahawa dia akan memulakan penggambaran untuk sebuah naskhah baru selepas aktiviti tersebut boleh dilakukan semula oleh pihak berkuasa.

Pun begitu, wanita itu masih lagi tegas dengan pendiriannya untuk berehat seketika daripada dunia lakonan manakala urusan produksi pula akan diuruskan oleh suami dan kedua orang anaknya iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail.

sheila rusly dan jinggo

Bagi menjawab persoalan penonton, tidak akan ada sekuel untuk drama ‘Bukan Gadis Biasa’ memandangkan watak penting iaitu Opah Aminah sudah pun meninggal dunia.

Tahniah JS Pictures kerana berjaya meraih hasil yang hebat seperti ini!

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...