September 24th, 2012

Membaca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, Abang Nara menjadi pelik kerana mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi Islam.

vanidah rashidi rujuk

Mufti Perak memberikan pandangan ini merujuk kepada dialog di bawah yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai

Berikut ialah ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria:-

Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

vanida rashidi

Selepas bertanya menerusi Twitter, rata-rata yang sudah menonton filem ini memberitahu yang lafaz cerai telah dilakukan oleh Rashidi Ishak kepada Ayu Raudhah. Namun itu tidak menjadi persoalan kerana mufti Perak merujuk kepada dialog di atas. Apa pun diharap Vanida dan Rashidi mengikut saranan dan segera mendapatkan pendapat mereka yang lebih arif.

P.S: Fesyen topi yang pelik teramat sangat.


182 responses to “Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk”

  1. lolalilule says:

    so pe kes? diam je ke

  2. daniele says:

    pertamanya ulama tuh rasanay tak tengok filem tu harap harap dia tak berniat untuk nak tumpang glamour well korang tahu je la kan harussani ni kan
    yang kedua kalau korang nak komen better tgk filem dulu coz saya tak nampak boleh jatuh talak kalau korang tgk the whole scene . jgn ambik ayat sekerat.

  3. .. says:

    sila rujuk pejabat agama…saya masih ingat ustaz sekolah agama pernah cakap..suami isteri jangan berlakon sama.. bimbang akan terkeluar apa2 sahaja dialog yang boleh jatuh talak..hati-hati

  4. kalau salah tolong tunjukkan says:

    “Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai”

    Pada pendapat sy, ayat “kita minta cerai” kat dlm diolog tu pun dh menjadi kekeliruan… dlm ayat tu bermaksud, rashidi mintak cerai dgn wife dia, n vee mintak cerai dgn husband dia.. dlm diolog tu tak sebut nk mintak cerai dgn juwita(ayu raudah).. bahayanya buat diolog mcm tu.. senang2 boleh jatuh talak kat isteri sendiri…

  5. afar says:

    hukum agama tak boleh pakai logik akal kita je.
    takkanla mufti nak main keluar statement tanpa soal selidik.
    apa2 pun rujuk kepada yang arif dgn ilmu agama. jangan buat fatwa sendiri

Loading...