Kerana Diabetes, Tiga Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dipotong

Hiburan

Kerana Diabetes, Tiga Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dipotong

Penyanyi kumpulan Indigo, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, dilaporkan telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat penyakit diabetes yang dihadapinya pada 9 Mei yang lalu.

Penyanyi Ashira Aziz yang juga isteri kepada Bad ketika dihubungi telah mengesahkan berita tersebut di mana dia juga memaklumkan bahawa satu jari kaki kiri suaminya itu telah dipotong sebelum Ramadan yang lalu.

Advertisement

Maklum Ashira lagi, kini kaki kiri suaminya hanya tinggal ibu jari sahaja dan Bad masih dirawat di hospital kerana bimbang terdapat jangkitan bakteria.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

“Keadaan dia okay, tapi ada beberapa prosedur lain lagi yang perlu dibuat selama beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. Doktor nak pastikan semuanya betul-betul ok. Ingatkan dapat sambut Aidilfitri bersama dia dan anak-anak tapi ada dugaan lain.”

Ashira dalam pada itu turut meluahkan rasa bimbang dengan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan kini kerana Bad dikategorikan dalam golongan berisiko tinggi.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Penyanyi lagu Ombak Resah ini juga memaklumkan sudah hampir seminggu dia dan anak-anak tidak dapat melawat suami di Hospital kerana SOP yang ditetapkan pihak pusat perubatan.

Terdahulu, penyanyi senior Bad dan Ashira yang menyinar kembali setelah menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 ini telah melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac lalu setelah berkenalan menerusi program nyanyian itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...