Kerana Cinta Pada Tunang, Hadri Pandu “Hachiroku” 25,000KM

Automotif

Kerana Cinta Pada Tunang, Hadri Pandu “Hachiroku” 25,000KM

Demi menemui cinta hati di Jerman, Engku Mohammad Hadri Engku Hassan (Hadri), 34 akan memandu sendiri sejauh 25,000km merentasi 24 buah negara.

Dalam pengembaraan ini, Hadri akan menggunakan sebuah Toyota Corolla AE86 atau lebih dikenali dengan nama Hachiroku.

memandu AE86 ke Jerman

Advertisement

Idea ini tercetus pada 2018 apabila Hadri mencadangkan untuk mengembara ke Eropah menggunakan kereta.

Beliau yang memandu kereta jenis Toyota AE86 juga telah mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pelancongan bagi memudahkan urusan visa dan perjalanannya ke negara Jerman.

Hadri mendapat sokongan dari Kemterian Pelancongan

Bukan mudah, bagi menyempurnakan pengembaraan ini ke Jerman, Hadri juga perlu melakukan kajian, dedikasi dan banyak pengorbanan.
kereta hadri

Perjalanan ke Eropah ini dijangka memakan masa kira-kira 3 bulan.

Sudah tentu, Toyota AE86 yang digunakannya itu ditala untuk tujuan kembara, terutama di bahagian enjin 4A-GE yang merupakan nadi utama di dalam setiap perjalanan menuju ke Eropah.

Sistem suspensi pula menerima tajaan daripada syarikat suspensi tempatan F Tuned Racing Suspension yang ditala untuk tujuan keselesaan sepanjang perjalanan sebelum ia ditukarkan kepada set perlumbaan untuk digunakan oleh Hadri ketika sesi ujian akhir di Litar Nurburgring pada penghujung kembara.

Malah, dua jenis tayar juga turut disumbangkan oleh Yokohama bagi dua tujuan di atas, iaitu Yokohama Advan Fleva dan Yokohama Advan AD08R yang dihantar secara terus melalui kurier.


Jadual perjalanan Hadri

  • Thailand (20/8/2019)
  • Laos (26/8/2019)
  • China (28/8/2019)
  • Mongolia (12/9/2019)
  • Russia (20/9/2019)
  • Latvia (9/10/2019)
  • Estonia (9/10/2019)
  • Lithuania (11/10/2019)
  • Belarus (12/10/2019)
  • Poland (12/10/2019)
  • Czech (16/10/2019)
  • Austria (18/10/2019)
  • Solvakia (19/10/2019)
  • Hungary (19/10/2019)
  • Croatia (21/10/2019)
  • Solvenia (22/10/2019)
  • Itali (23/10/2019)
  • Switzerland (25/10/2019)
  • Luxembourg (27/10/2019)
  • Jerman (28/10/2019)
  • Netherlands (30/10/2019)
  • Belgium (13/11/2019)
  • Perancis (14/11/2019)

Semoga selamat sampai dan menemui cinta hati, Admin nak juga ada pasangan dari negara lain. Romantik tengok pengorbanan mereka apabila berjauhan.

 

Sumber: Careta, Facebook, Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...